Sunday, February 22, 2009

The Making of Sate

Berada diperantaun ni menyebabkan segala macam benda perlu dilakukan secara sdn bhd samada rajin atau malas. So, satu hari tu rajin sikit nak buat benda alah ni yang mana kalau kat Malaysia boleh jer beli dikedai-kedai atau gerai-gerai yang sangat tidak susah untuk dicari. Actually, sate ni sudah berbulan-bulan dibuat. Cuma baru nak mengisahkannya.
sebelum kejadian
Versi sebelum dibakar
semasa kejadian
Inilah bagaimana dan di mana sate itu dibakar
Semasa kejadian
Antara proses yang perlu dilakukan untuk makan sate
Sate
Versi set lengkap setelah selesai proses memasak
sedia untuk dingap
Sedia untuk dimakan

Wednesday, February 18, 2009

Fisherman Friends

Inilah aktiviti terbaru diwaktu lapang, fishing Australia. Di samping release tension boleh jugak makan ikan, kadang-kadang dapat jugak sotong.
Port Kembla Giant
Ini antara port memancing yang selalu dikunjungi, Port Outer
Got one big snapper
Dapat Snapper, boleh dikira besarlah tu
sunset at port kembla, nsw - original
Memancing tak ingat dunia, matahari dah nak terbenam pun tak nak balik lagi

Tuesday, February 17, 2009

Kereta Baru Sewa vs Kereta Buruk

Kereta yang disewa time ke Canberra baru-baru ini. Teknologi kereta yang semakin canggih, auto cruise. Lepas ni agaknya boleh tido terus, just setkan nak ke mana, then kereta tu yang pandu. Tak perlu lagi untuk gajikan driver. Mungkinkah? Sempatlah merasa kecanggihan itu walaupun untuk dua hari jer.
Aurion
Toyota Aurion
Auto cruise
Nak tunjuk hebat lah kononnya
OZ happy dapat naik kete baru
OZ yang kegirangan dapat naik kereta yang lebih selesa daripada kereta buruk abah
New car
Memang tersangatlah selesa
Kereta buruk abah
Kereta buruk abah, Mitsubishi Lancer yang telah banyak jasanya walaupun tidaklah seselesa Toyota Aurion.

Tuesday, February 3, 2009

Canberra Revisited

Lebih kurang 2 minggu lepas, buat kali yang ke duanya, tapi kali ini bertiga pulak melancong ke Australian Capital Territory(ACT), lebih dikenali sebagai Canberra. Destinasi utama merangkap juga tujuan utama kami adalah ke Malaysian High Commission. Jarak perjalanan lebih kurang 3 jam dari Wollongong. Kebiasannya orang akan ke sana bila passport perlu diperbaharui atau membuat sijil kelahiran bagi kelahiran di Australia(Passport 55$ dan sijil kelahiran18$ bagi kanak-kanak).
Canberra revisited - MHC building
Malaysian High Comission
Sementara menugggu passport dan sijil kelahiran siap, bolehlah melencong ke mana-mana. Actually, banyak tempat-tempat yang boleh dilawati berdekatan dengan MHC antaranya Parliment House, National Museum, The Australian War Memorial dan banyak lagi. Kali ini, kami ke Old Parliment House. Parliment House yang terawal ditubuhkan dan John Harvard presiden terakhir sempat berkampung di situ sebelum dipindahkan ke Parliment House yang ada sekarang.
Canberra revisited - Old Parliament House
Old Parliment House
Canberra revisited 23th Jan 2009
King
DSC_1230
Prime Minister of Australia
house of representative
House of Representative
Akhirnya lebih kurang pukul 4, passport dan sijil kelahiran dah pun siap. Secara officialnya Omar Zarif telah pun menjadi warganegara Malaysia.
Surat beranak

Passport

Monday, February 2, 2009

My First Post

Setelah sekian lamanya tercapai juga hasratku untuk memulakan blog ini yang telah lama berkulat. Jadi, inilah permulaan kepada coretan, olahan, idea dan macam-macam lagi yang akan berkisarkan kehidupan kami sekeluarga dan mungkin kisah-kisah menarik yang lain. Sebagai kenangan selama berada di Australia dan kehidupan setelahnya, walaupun ia sedikit kelewatan kerana tempoh berada di Australia hanya tinggal lebih kurang 3 atau 4 bulan sahaja lagi. Well, nothing is impossible, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.