Monday, February 13, 2012

Alahai anakku

Entry yang tertangguh sebelum ni, teringat kembali telatah omar semasa dekat rumah atuknya dengan aksi yang orang lain mungkin tak akan sanggup buat, tp dia boleh perasan tikus yang dah mati tu dan ambil untuk bawa tunjuk dekat abahnya. Mungkin setengah orang merasakan amat jijik dengan bangkai tikus ni tapi kalau dah namanya kanak-kanak, masih belum matang untuk menilai semuanya tu. Jadi doktor veterinar sesuai jgk ni. Children learn from what they see. Apa nak dikata, alahai anakku. Hehe.

IMG_7379
Eh, apa benda ni? 

Nasib baik dia belum mandi lagi time nih dengan pakai nappynya lg. Kalau tidak, ngeri jgk rasanya umi nak tolong mandikan. 

Sunday, October 16, 2011

Iffah's First Solid Foods

IMG_8956
My first solid foods...rice, anchovies and spinach

IMG_8959
yum, yum, yum delicious..

IMG_8961
see my muscle..very strong ah, just like popeye the sailorman

IMG_8963
hehehe

Wednesday, July 27, 2011

Kelahiran puteri permata hati...Iffah Dina

Sekian lama x update blog. Tetiba rasa nak kembali berblog dan hopefully kali ni dapat konsisten mengupdatenya. Last blog ni terupdate sebelum kali terakhir aku tinggalkan bumi Austr.Maksudnya dh hampir 2 tahun lebih la blog ni bersarang labah2 ke semut pun xtau la. Banyak benda nk kena setup balik lepas dah kembali ke Malaysia. Mungkin sebab tu jadi lama x jenguk blog sendiri. Tengok2 skrg ni dah tambah sorang lg ahli dlm family ku. Alhamdulillah tanggal 20hb 3 2011 selamat lahir permata hati yg ke 2, teman buat abang omar.

IMG_8300
Skrg dah pun berusia 6 bulan.

IMG_8861
6 bulan lepas lahir, botak kali ke 2

Thursday, July 9, 2009

Teratak Burukku di Cassian St.

Cerita dulu-dulu. Hampir dua minggu berada di Australia, kami belum ada rumah yang sesuai untuk dihuni. Tidak semudah yang kusangkakan rupanya untuk dapat sebuah rumah sewa di sini. Rumah-rumah sewa di sini boleh dikatakan agak expensive compare to Malaysia. The other thing is, it was quite competitive to find suitable house, which is near to university and cheap. Dalam keadaan terdesak nak kan sangat rumah, so kami terima saje mana-mana rumah yang suitable dengan duit poket yang ada pada masa tu...:B. Seminggu dalam AUD150, so sebulan adalah dalam RM1650 kami perlu bayar. Kalau kat Malaysia rasanya dah dapat sewa sebiji rumah bangalow. Kat sini nasiblah, dapat sewa unit rumah jer.

DSC_0005

Friday, April 24, 2009

Lagu yang penuh mendalam maksdunya...

Sebuah lagu yang aku rasakan mampu membuatkan diri menginsafi segala dosa. Cukup terasa betapa banyaknya dosa-dosa, tidak terhitung banyaknya. Cubalah hayati. Andai ku tahu...

Tuesday, March 3, 2009

Omar Zarif ke ECHC

17hb Februari lepas, Omar Zarif sekali lagi membuat lawatan ke Early Childhood Centre untuk bertemu dengan Mrs.Robin bagi sesi penilaian tahap perkembangan physical, ability, health and etc. Appointment perlu dihadiri setiap 2 bulan sekali. Antara persoalan yang selalu ditanya, bermula daripada masalah yang ibu itu sendiri alami selepas kelahiran especially kesihatan, sehinggalah tahap kesihatan bayi itu sendiri. Appointment kali ini banyak membincangkan tentang solid foods, sebab OZ sudah pun berusia 6 bulan. Now is the best time to introduce solid foods. Ada juga antara ibu bapa yang memperkenalkan solid foods seawal usia 3 atau 4 bulan. Mengikut National Health & Medical Research Council(NHMRC) Dietary Guidelines for Children and Adolescents(2003) dan World Health Organisation(WHO) Global Strategy (2003) <---(fuh panjang berjelar nak nyebutnya) meyarankan fully breastfeeding sehingga umur 6 bulan. Kemudian pada usia ini juga bolehlah diselang-selikan dengan solid foods. Bertujuan bagi megurangkan risiko food alllergic, pembiakan kuman dan sembelit.
Perbincangan sebarang masalah
Omar excited sangat, tak boleh duduk diam
Berapa berat?
Timbang berat sambil tengok cermin. Latest weight, almost 7 kilo
check kegagahan otot & tulang2
Mrs. Robin godek-godek kaki OZ, nak tengok kuat ke tidak kaki budak ni
ukur kepanjangan
Ini pulak, nak ukur berapa panjang daa

Sunday, February 22, 2009

The Making of Sate

Berada diperantaun ni menyebabkan segala macam benda perlu dilakukan secara sdn bhd samada rajin atau malas. So, satu hari tu rajin sikit nak buat benda alah ni yang mana kalau kat Malaysia boleh jer beli dikedai-kedai atau gerai-gerai yang sangat tidak susah untuk dicari. Actually, sate ni sudah berbulan-bulan dibuat. Cuma baru nak mengisahkannya.
sebelum kejadian
Versi sebelum dibakar
semasa kejadian
Inilah bagaimana dan di mana sate itu dibakar
Semasa kejadian
Antara proses yang perlu dilakukan untuk makan sate
Sate
Versi set lengkap setelah selesai proses memasak
sedia untuk dingap
Sedia untuk dimakan